MUZIK

Tuesday, 1 November 2016

ASSALAMUALAIKUM.... dan selamat malam kawan-kawan, malam ni saya nak kongsikan sejenis kuih iaitu Kuih Akok. Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional di negeri Kelantan. Biasanya kuih Akok ini banyak di jual semasa bulan puasa. Terdapat beberapa jenis kuih Akok iaitu berbentuk bujur, mengikut acuan bahulu dan Akok Bunga yang dikenali dengan Akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelur, cara acuan dan pembahanan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap.  

   

Bahan-Bahan Membuat Kuih Akok

Bahan-bahannya : 
● 5 biji telur
● 200 ml pati santan

● 100 ml air

● 150 gram gula manisan (gula melaka)

● 30 gram tepung gandum

● 3 helai daun pandan- disiat-siat
● Secubit garam halus

Cara-Caranya Membuat Kuih Akok


1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api. Masukkan daun pandan semasa merebus gula melaka. Masukkan santan. Setelah santan suam, buang daun pandan dan masukkan tepung gandum dan telur,kemudian di blend hingga semua bahan sebati baru ditapis.

2. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Boleh juga guna acuan cupcake atau muffin jika tiada acuan baulu.. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
3. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.