ASSALAMUALAIKUM...Petang ni saya nak kongsi pasal kuih... iaitu KUIH LOMPAT TIKAM merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat daripada tepung beras dan santan.
Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.
Berbanding dengan negeri lain, Lompat Tikam Kelantan lebih istimewa kerana ia ada tambahan pulut yang berwarna merah sebagai highlight untuk menyerikan lagi dan membezakan ianya dari yang lain. Ada yang kata tambahan pulut itu adalah pengaruh dari Siam yang tak boleh berpisah daripada makanan berasaskan pulut.
Lompat tikam adalah makanan yang menjadi kesukaan ramai di Kelantan dan di makan tidak mengira masa. Di Kelantan ia di jual dalam bungkusan plastik dan sangat murah harganya jika di bandingkan dengan tempat lain. Kalau kat kampung ita di Kota Bahru anda masih boleh lagi membeli sekitar 50 sen atau RM 1 sahaja.. Dekat negeri lain saya tak tahu la berapa..
RESEPI KUIH LOMPAT TIKAM
RESEPI KUIH LOMPAT TIKAM
Adunan Hijau
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 1/2 cawan air ~ ita guna santan cair aje
6 helai daun pandan
secubit garam
Daun pandan di potong kecil. Masukkan dalam pengisar dan kisar bersama 3 1/2 cawan air. Kemudian di tapis
Satukan tepung beras dan tepung jagung bersama air pandan dan gaul rata. Ita tambah secubit garam
Kemudian di tapis
Masukkan dalam periuk dan masak hingga berwap.
Masukkan dalam loyang dan kukus selama 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk
Kalau tak nak kukus masak sampai pekat dengan api perlahan. Jangan lupa untuk senantiasa kacau supaya adunan tidak berbintil-bintil. Ita malas nak kacau lama tu yg ita kukus terus.
Adunan Putih / Kepala santan
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
secubit garam
2 sudu besar tepung beras
1 helai daun pandan ~ di simpul
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur dengan api perlahan sambil di kacau
Bila mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Adunan ni tak pekat ya.. kalau nak pekat lebihkan tepung beras.
Sirap Gula Melaka
1/2 cawan gula merah
1 buku gula Melaka ~ ita tambah
1 cawan air
sehelai daun pandan ~ di simpul
Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga pekat
Angkat setelah masak dan tapis
Pulut Merah
1 cawan pulut
sedikit pewarna merah
1 cawan air atau santan cair
secubit garam
sehelai daun pandan ~ di simpul
Rendam dahulu beras pulut bersama pewarna merah dan air hingga kembang
Kemudian cuci dan dan bilas bersih
Satukan dengan santan cair, daun pandan dan secubit garam.
Masukkan dalam periuk nasi dan tanak hingga masak. Boleh juga di kukus
Cara menghidangnya, potongkan adunan hijau dan letakkan dalam mangkuk
Letakkan pula adunan putih atau kepala santan
Kemudian hiaskan dengan pulut merah
Akhir sekali curahkan air gula Melaka
No comments:
Post a Comment