ASSALAMUALAIKUM.... Arini sy nk kongsikan sedikit berkaitan dengan nasi dagang.. Nasi dagang merupakan hidangan yang mengandungi hidangan nasi kukus,gulai ikan tongkol dan acar timun. Nasi dagang merupakan menu pagi di negeri Pantai Timur sperti Kelantan dan Terengganu. Nasi dagang biasanya dihidangkan ketika sebelum atau selepas umat Islam munaikan solat sunat Hari Raya.. Nasi dagang merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Kelantan dan Terengganu...
RESEPI MASAKAN NASI DAGANG
BAHAN-BAHAN
– 100 gram beras nasi dagang
– 5 ulas bawang merah, hiris
– 3 ulas bawang putih, hiris
– 1 inci halia, hiris
– 1/2 sudu besar halba
– 100 ml santan pekat
– 5 ulas bawang merah, hiris
– 3 ulas bawang putih, hiris
– 1 inci halia, hiris
– 1/2 sudu besar halba
– 100 ml santan pekat
Bahan-bahan Gulai Ikan Tongkol
– 2 keping ikan tongkol
– 1 sudu besar rempah ikan
– 3 ulas bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 inci lengkuas
– 1 sudu besar cili boh
– 2 sudu besar air asam jawa
– 2 sudu besar minyak
– 1 cawan santan
– 5 biji cili padi
– Garam dan gula secukup rasa
– 1 sudu besar rempah ikan
– 3 ulas bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 inci lengkuas
– 1 sudu besar cili boh
– 2 sudu besar air asam jawa
– 2 sudu besar minyak
– 1 cawan santan
– 5 biji cili padi
– Garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA
1. Rendam beras semalaman, bersihkan dan toskan.
2. Kukus sehingga masak. Masukkan bahan yang telah dihiris ke dalam santan.
3. Seterusnya gaulkan pada nasi dengan sedikit garam dan halba dan seterusnya kukus nasi sekali lagi sehingga masak.
2. Kukus sehingga masak. Masukkan bahan yang telah dihiris ke dalam santan.
3. Seterusnya gaulkan pada nasi dengan sedikit garam dan halba dan seterusnya kukus nasi sekali lagi sehingga masak.
CARA MEMBUAT GULAI IKAN
1. Ikan tongkol direbus bersama asam keping dan garam. Rebus sehingga kering airnya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis halba, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan cili boh. Tumis hingga pecah minyak dan masukkan santan serta air asam jawa.
4. Kacau sehingga mendidih, kemudian baru masukkan ikan tongkol, garam serta gula secukupnya.
5. Kecilkan api dan biarkan hingga masak.

Orang kelantan ‘tak kenal’ ikan tongkol, mereka kenal ikan ayo… selamat mencuba.....
No comments:
Post a Comment